Monday, 4 April 2016

RAHSIA DI SEBALIK KHUSYUKNYA SOLAT

RAHSIA DI SEBALIK KHUSYUKNYA SOLAT 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Allah telah berfirman dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2 maksudnya :
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”  
" KHUSYUK " maksudnya betul-betul hadir hati kepada ALLAH baik dalam solat mahupun amal ibadat yang lain. Khusyuk dalam solat banyak memberi impak kepada kehidupan kita seharian contohnya, apabila seseorang itu khusyuk dalam solat bermakna apa sahaja gerak kerjanya dia akan fokus waima dalam berlajar, bersukan,dan sebagainya . 
 Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah S.A.W pernah menguji khusyuk dalam solat para sahabatnya, beliau panggil 10 sahabatnya yang di janjikan syurga supaya solat 2 rakaat. Rasulullah S.A.W sedang tunggu para sahabatnya tadi di hadapan pintu masjid . Datang Saiyidina Abu Bakar as Siddiq ra ak tidak mampu ya Rasulullah, Datang  Abu Muhammad Abdurrahman bin Auf bin Abdi Auf ra aku tidak mampu ya rasulullah dan begitu lah berikutnya sehingga 10 orang baginda. Maknanya, KHUSYUK dalam solat ini susah tetapi kita perlu usaha supaya solat kita dan amal ibadat kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.

"Khusyuk" dalam solat bermula dengan "Sempurnanya" wudhuk

Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah …” (QS. Al Maidah: 6)

Guru aku pesan bilamana kamu mengambil wudhuk ambil lah ia dengan penuh rasa berdosa. Bila kamu dapat rasa itu, pohonlah keampunan kepada Yang Maha Esa. Kemudian, minta lah sesuatu kepadanya supaya digugurkan semua penyakit yang ada pada tubuh kita seperti gugurnya air wudhuk ini.

Ketika kamu berkumur ingat lah apa yang lidah kamu ucapkan tadi. Ketikamana kamu membasuh muka , ingat semula apa yang mata kamu lihat,apa yang hidung kamu hidu. Sesudah kamu membasuh muka, kamu akan membasuh tangan sampai ke siku. Ingat balik apa yang tangan kamu lakukan baik ke jalan ALLAH atau ke arah kemurkaan ALLAH. Manakala, apabila air sampai ke kepalamu pejam mata, ingat apa yang otak kamu rangan ,apa yang terlintas di hati kamu. Akhir sekali kamu di sunatkan untuk membasuh/menyapu air ke telinga. Saat itu, ingat semula apa yang telinga kamu dengar serta basuh lah kaki kamu dari hujung ibu jari hingga lah ke buku lali dan berdoa lah dengan penuh pengharapan kepada ALLAH. As a note "jangan sesekali membazir air" ini boleh memyebabkan kamu akan berdosa sedangkan hakikat sebenar mengambil wudhud untuk mengugurkan dosa-dosa kecil.  
Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

[Surah al-Israa : 27]

No comments:

Post a Comment