Wednesday, 9 September 2015

Pimpinan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin


Pimpinan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dari dahulu sehingga sekarang

Mursyidul Am Pertama:


Hassan al-Banna (1928 - 1949)

Lihat wajahnya,terpancar di raut wajahnya ketenangan yang mendamaikan..semangat kepemudaan di matanya dan keperibadian yang menyejukan hati-hati disekelilingnya..

Satu kata-katanya yang sangat disukai :

“ Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda..aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.”



Mursyidul Am Kedua:

Hassan al-Hudhaibi (1949 - 1972)

Salah seorang penulis Islam berkata mengenai beliau :

“Saya melihatnya beliau adalah tubuh badan yang memiliki fanatik keimanan, berjiwa dan semangat muda, berani seperti pahlawan, bijaksana laksana syeikh, kaya akan pengalaman, penuh dengan cahaya iman, memiliki kasih sayang laksana orang tua, kecintaan laksana seorang al-akh, interaksi yang jujur laksana seorang sahabat, memiliki bimbingan laksana seorang guru, kebaikan yang memberikan teladan, keikhlasan sang murabbi, selalu memberi dengan penuh wibawa dan kharisma, akhlaq yang mulia, seakan tubuh badan yang memiliki kesempurnaan, nampak pada wajahnya menghadapi kegamangan dakwah dengan penuh kesungguhan dan optimisme, dengan akhlaq yang mulia,penuh kasih sayang,cinta,wibawa,dermawan,ikhlas dan kebapakan”.



Mursyidul Am Ketiga:

Umar at-Tilmisani (1972 - 1986)

Beliau seorang yang zuhud..hidup secara sederhana di sebuah apartmen yang berada di lorong-lorong sempit..beliau memilih untuk sederhana walaupun berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi dan kaya raya..beliau fasih berkata-kata dan pandai berhujah..

Pernah dipenjara selama 17 tahun..satu kisah yang mengharukan perasaan,apabila beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 1971,beliau bertanya kepada pengawai penjara :
“ Bolehkah saya menginap di sini satu malam lagi..saya akan keluar pagi esok kerana saya sudah lupa jalan-jalan di kota Kaherah.”



Mursyidul Am Keempat:


Muhammad Hamid Abu Nasr (1986 - 1996)

Beliau adalah antara nama Mursyidul Am IM yang jarang dengar kisahnya..namun setelah membuat kajian dan pembacaan pelbagai sumber..masyaAllah beliau adalah salah seorang kepimpinan gerakan Islam yang hebat..semoga Allah memberkati beliau dan usaha perjuangannya.


Mursyidul Am Kelima:


Mustafa Masyhur (1996 - 2002)

Beliau antara tokoh kepimpinan IM yang banyak menulis buku dan berkarya..malah,penulisan bukunya banyak menjadi panduan kepada aktivis dakwah dalam bergerak untuk menyebarkan Islam..antara bukunya ialah Bekalan di sepanjang jalan dakwah,Dakwah Fardiyah,Jalan Dakwah dan banyak lagi.


Mursyidul Am Keenam:

Ma'mun al-Hudhaibi (2002 - 2004)

Tidak banyak kisahnya yang saya tahu..tetapi,beliau juga antara pimpinan Ikhwan yang sangat-sangat dihormati dan dikasihi.

Mursyidul Am Ketujuh:

Muhammad Mahdi 'Akif (2004 - 2010)

Beliau mulai berkecimpung dalam pergerakan Ikhwan dalam usia yang sangat muda iaitu 12 tahun..fokus beliau saat itu ialah memberikan latihan berbentuk fizikal kepada anggota IM sebagai menyahut seruan Imam Hassan al-Banna.



Musyidul Am Kelapan :

Dr Muhammad Badi’ Bin Abdul Majid Saamy (2010 – kini)

Beliau dilihat sebagai kepimpinan Ikhwan yang akan memimpin IM di era medan yang baru dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat berat..Ikhwan Mesir akan berada dalam arena baru apabila mereka memutuskan untuk melibatkan diri dalam bidang politik secara rasmi..pergerakan IM dilihat akan terus berkembang dan satu perkara – mereka juga akan menghadapi tentang yang lebih hebat dari sebelum ini





No comments:

Post a Comment