Riwayat hidup Salahuddin Al-Ayubi :
Biodata
Shalahuddin Yusuf
bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138
Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas
Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam
yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul
Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.
BIODATA SECARA RINGKAS
Nama : Salahuddin
Al-Ayubi
Lahir Pada : 532
Hijrah (1138 masihi)
Tempat lahir : Kota
Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan
Baghdad.)
Sifat peribadi Salahuddin Al-Ayubi :
Salahuddin Al-Ayubi tidak bangga diri .Sifat
ini telah wujud dalam dirinya, Salahuddin al-ayubi semenjak beliau kecil lagi.
ini kerana hasil sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah
Salahuddin al-ayyubi kepada beliau. Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole
ahli sejarah ingggeris yang menulis mengenai salahudin mencatatkan “ sebagai
anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa
tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba
tiba,sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi
kelesuan pemikiran golongan bangsawan”
Selain itu, beliau memiliki visi dan misi
yang jelas . Salahuddin bercita-cita mahu menawan semula baitul maqdis dari tangan
tentera salib yang mengusai Baitul Maqdis hampir 800 tahun, jadi beliau
merancang menguatkan tentra Islam dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai
ilmu ketenteraan serta persiapan perang. Dari segi kerohanian pula Salahuddin
sangat menitikan beratkan soal soal agama kepada tenteranya . serta
menyatupadukan semua panduduk Islam
terlebih dahulu sebelum memulakan visinya mahu menawan salah satu tempat suci
umat islam itulah Baitul Maqdis. Disamping itu, Salahuddin Al-Ayubi juga mampu
lakukan semua tugas. Salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemipin yang hanya tahu
mengarahkan orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang pemimpin yang
sanggup turun padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas
.contohnya , Salahuddin al-Ayubbi sendiri menyamar sebagai penduduk kampong
dalam ushanya mendapatkan maklumat untuk menawan kota Baniyas . salahuddin juga yang menyoal
selidik pagawai tentera salib yang berjaya di tawan oleh tentera Islam untuk mendpatkan maklumat.
Walaubagai manapun,beliau bijak dalam
mengatur strategi. Peperangan dan helah Salahudin al-Ayyubi selalu mengikut
cara nabi Muhammad S.W.A berperang dalam
semua misi peperangan. Ini salah satu faktor kejayaan peperangan yang dilakukan
oleh sultan Salahuddin al-Ayyubi. Contohnya
Salahuddin al-Ayyubi menggunakan jalan yang tidak pernah dilalui oleh
orang dalam perjalanan menuju ke medan peperangan dan tektik ini di gunakan
untuk megelirukan musuh. Beliau juga sentisa patuh pada ajaran agama islam.
Salahuddin bukan sahaja mengamalkan sunnah rasullah seperti, sentisa berpuasa
dalam kempen memerangi tentera salib, beliau juga sangat menitik bertakan ajaran
Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di bairut, panglima muluk
mencadangkan agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan
air, tetapi salahuddin melarang panglima muluk berbuat demikian kerana islam
tidak membenarkan berbuat demikian dan juga demi kemaslahatan penduduk islam lain yang turut menggunakan sungai
tersebut. Beliau juga melarang panglima perangnya menggunakan rasuah dalam misi
menawan sesebuah Negara.
Oleh itu, Salahuddin
Al-Ayubi sentisa berbincang dengan orang bawah. Salahuddin sentisa mendengar
pandangan dan berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu
keputusan. cth: ketika misi penawan
bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin berbincang dengan ketua2 pasukan tentera islam berkaitan
strategi yang akan di lakukan. Berkerjasama antara satu pasukan dengan lain
bila memerlukan bantuan , untuk pastikan kejayaan dalam sesuatu misi yang di
jalankan . Sebagai raja,ketua dan imam beliau tidak mudah putus asa. Contonya
semasa misi penawanan tawan benteng
khusnul ahzan , tentera Salahuddin bagi tahu
beliau sukar untuk menawan benteng yang terlalu kukuh n di kawan
rapi oleh tentraa salib. Pelbagi usaha
yang telah dilakukan namun masih gagal menawan benteng tersebut. Salahuddin
tidak berputus asa dan berushan antaranya ushan belajar menyamar untuk dapat kan mklumat tentang
benteng ahzan ,berjalan di sekitar kampung
yang berhampiran untuk tahu kelemehan musuh akhirnya belaiu dan tentera
islam berjaya menawan benteng tersebut. Antara sifat beliau juga, beliau
bercita-cita tinggi semenjak usia beliau masih muda lagi Salahuddin dah ada
cita cita yang besar untuk merampas kembali kota suci Baitul Maqdis dari tangan
kristian.
Akhir sekali, Salahuddin Al-Ayubi
cukup-cukup bersederhana. Beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’ dan
bersedarhana dalam kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya ,
ketika Salahuddin al-ayyubi menghembuskan nafas terakhir diceritakan hartanya hanya tinggal 1 dinar
dan 47 dirham , yang tidak cukup untuk kos pengebumian beliau. Hebatnya beliau,
beliau tidak leka dengan pujian. Salahuddin al-ayubi menerima banyak pujian dan
sanjugan atas kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib tetapi
beliau tidak pernah leka dengan pujian tersebut, bahkan Salahuddin sentiasa
meningkatkan strategi peperangan,dan kelegkapan peperangan dalam misi
menwan Jerusalem.
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYUBI KEPADA TAMADUN ISLAM
Selepas
berjaya menguasai Mesir, beliau mula menumpukan perhatian untuk kembali
menguasai Jerusalem (Baitul-Maqdis) yang ketika itu dikuasai pihak Kristian.
Untuk tujuan itu, beliau mula menjalankan kempen-kempen ketenteraan terhadap
wilayah-wilayah Islam yang lain dengan tujuan untuk menyatupadukan tentera
Islam di bawah satu panji serta memantapkan lagi barisan tentera Islam. Setelah
merasakan tentera Islam cukup kuat, beliau mula menggerakkan tentera Islam
menentang pihak Kristian atau lebih dikenali sebagai tentera Salib kerana
mereka memakai pakaian yang berlambang salib serta membawa palang-palang salib
yang besar ketika berperang.Siri peperangan ini telah dicatatkan di dalam
sejarah sebagai Perang Salib.
Menentang tentera
Salib
Dalam dua peristiwa
berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri
serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa kerajaan Salib ini
tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin
hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur
ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih
Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan
ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus selepas Nur
ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di
sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya
dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo
dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat
menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo)
dan 1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin
Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria,
negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan
kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur.
Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25
November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari
Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Kesatria Templar.
Keamanan di antara
Salahuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan
serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard,
dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya
menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang
orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan
haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam
menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang
paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi
menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian
menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada
tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin
menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam
Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan
guy), raja negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib
yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin.
Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi
satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap
Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja
Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Timur Tengah, c.
1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam
waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna
merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera
Salib.
Selepas tamatnya
Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota
yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis
(Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai
tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak
ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian
pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia
mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan
oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan
menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam
menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang
dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai
Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera
Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si
Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin
baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka
juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan
Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota
Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan
berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan
dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus
berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut
Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil
di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193
di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka
membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka
mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping
wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang
menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir
kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di
Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya
adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.
Harapan mencontohi semangat jihad Salahuddin Al-Ayyubi
Alhamdulillah,
syukur kepada Allah SWT, dengan limpahan rahmat Allah, masih diberi kesempatan
merasai nik’mat kehidupan di dunia yang sementara ini. Melayari bahtera
kehidupan yang penuh ranjau dalam meniti kesempatan hidup yang masih berbaki
sementara menunggu panggilan Ilahi. Kehidupan yang Allah SWT kurniakan kepada
kita hari ini, pasti tidak akan punya makna seandainya Islam tidak bersama
dengan kita. Maka, nik’mat Islam dan Iman yang dikurniakan kepada kita ini wajiblah
kita menjaganya dengan sebaik mungkin dan jangan sesekali kita tergelincir dari
landasannya.
Dalam perjalanan
hidup ini seringkali kita disibukkan dengan pelbagai perkara. Kita sibuk dengan
pengajian di kolej, bersosial, bersuka ria, berhibur, bekerja, bersama keluarga
dan sebagainya sehinggakan adakala kita terleka dengan tanggungjawab yang lebih
besar iaitu dakwah Islamiah yang perlu kita gerakkan. Kita lalai dengan
kehidupan dunia yang mengasyikkan. Kita leka dengan kemaksiatan yang melingkari
kehidupan kita. Kita punya sikap ketidakpedulian kepada keruntuhan moral ummat
yang berada di sekeliling kita. Di manakah kita? Adakah kita benar -benar
menjadi hamba Allah yang betaqwa dan menuruti perjuangan baginda Rasul SAW.
Orang – orang Eropah
bersungguh – sungguh untuk melenyapkan negara Islam dengan gelombang hidup
kebendaan. Dalam masa yang sama mereka berusaha menghalang segala faktor
kebangkitan dan kekuatan ilmu pengetahuan. Mereka memperkukuhkan rancangan
serangan sosial dengan tipu helah politik dan kuasa tentera sehingga tercapai
apa yang mereka kehendaki. Pembesar – pembesar umat Islam telah diumpan dengan
hutang dan segala kemudahan. Mereka berjaya mencampuri urusan ekonomi dan
akhirnya menenggelamkan negara ummat Islam dengan segala modal.Mereka
memonopoli segala keuntungan dan kekayaan yang melimpah ruah. Bukan sekadar
itu, malah barat telah mengimport wanita – wanita separuh bogel, arak, kelab
malam, novel – novel khayalan, kebudayaan mereka ke negara Islam. Alangkah
hebatnya “strategic planning” mereka?
Di mana pula
“strategic planning” kita? Adakah hanya di atas kertas atau dalam kotak minda
yang belum kita diterjemahkan kepada pelaksanaan atau tindakan. Tiada masa lagi
untuk kita berpeluk tubuh. Gerak kerja dakwah kita harus kita gandakan. Rintangan
yang menjelma harus kita hadapi dengan penuh kesabaran. Sememangnya perjuangan
ini menuntut kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Dengan keazaman, usaha dan
doa yang bersungguh – sungguh, pasti Allah akan anugerahkan kita
kekuatan.Insyaallah.
Ayuh, kita bangunkan
generasi rabbani. Fikrah Islam Dominan Alam Kolej mesti kita realisasikan.
Mulakan gerak kerja. Setiap dari kita memikul tanggungjawab yang amat besar.
Setiap detik waktu adalah amat berharga. Sebarlah dakwah Islam walau dengan
sepatah dua perkataan yang termampu. Gunakan segala kekuatan yang kita ada.
Manfaatkan teknologi yang sudah sedia terbina di era moden ini. Insyaalah,
Allah sentiasa bersama kita dan kemenangan Islam akan kembali kepada ummat ini.
Saya sudahi kerja
kusus ini dengan satu firman Allah : “Katakanlah: jika
bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kamu,keluarga-keluar kamu,harta
kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu suka adalah kamu cintai lebih daripada ALLAH
dan RASULNYA dan daripada berjihad di jalan ALLAH maka
tunggulah ALLAH mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang yang fasik”. (AL-TAUBAH :24) . Ayat ini lah yang menjadi panduan
hidup atau tonggak kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi dan orang-orang mukmin baik
lelaki atau perempuan.
No comments:
Post a Comment